
atieqahzailani2508
4 tahun
Sakit kaki yang amat sangat sampai saya tak boleh berjalan
Saya wanita 20an dann selalu sakit kaki. Dan sakit kaki saya ni dah lama dan ia akan datang tak menentu. Tapi kesakitan tu bukan macam sakit akibat kecederaan luar. Kesakitan tu macam sakit di bahagian dalam. Kqlau sakit tu datang saya memang akan stop berjalan sbb saya tak mampu tahan sakit untuk berpijak dan berjalan macam biasa.

5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, sakit kaki merupakan satu gejala yang boleh disebabkan oleh beberapa perkara dan sebabnya adalah meluas. Hal ini kerana kaki mempunyai bahagian-bahagian tertentu seperti peha, betis, lutut, tumit, jari, buku lali, pergelangan kaki dan sebagainya. Setiap bahagian mempunyai saluran darah, urat saraf, saluran limpa (lymph nodes), otot serta tulang yang berbeza. Secara amnya, sakit di kaki boleh disebabkan oleh:
- Sakit tulang (patah, retak, terseliuh, ketumbuhan, keradangan dan sebagainya)
- Sakit otot (Keradangan, otot terkoyak, kecederaan otot, dan sebagainya)
- Keradangan atau kecederaan pada urat saraf
- Masalah pada saluran darah seperti (varicose vein)
- Ketumbuhan seperti (Baker cyst) yang ada pada belakang lutut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.