
Sulit
4 tahun
Sakit kepala atau migrain
Sy hamil masuk trimester ke 2. Sejak kebelakangan ini sy kerap sakit kepala yg melamlau dan sakit di bahagian leher. Doc beri pcm tapi setelah makan kepala sy masih sakit. Hb, tekanan darah tinggi sy normal tiada masalah. Adakah sy ada penyakit lain ataupun sekadar sakit kepala biasa atau migrain. Terima kasih di atas pencerahan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap sakit kepala yang berlaku ketika kehamilan anda. Untuk makluman anda, gejala sakit kepala anda ini mungkin boleh berkait dengan kehamilan ataupun tidak. Namun, jika ia berkait, sakit kepala ini selalunya akan disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang berlaku ketika kehamilan anda. Ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor hormon yang dirembeskan secara tidak terkawal ketika kehamilan anda.
Menurut situasi anda, sakit kepala anda yang dirasakan sehingga ke leher boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Migrain
- Kurang tidur atau rehat
- Pemakanan yang tidak seimbang atau tabiat makan salah seperti lambat makan
- Kurang zat-zat yang penting untuk anda dan bayi anda sepanjang kehamilan
- Salah posisi tidur.
- Keletihan yang berpanjangan akibat kehamilan.
- Gangguan stress dan emosi
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta mengelakkan perkara-perkara di atas sebelum mengemukan konklusi seterusnya. Jika anda masih merasakan sakit kepala yang berlarutan walaupun telah mengubahsuai faktor-faktor di atas, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan mengenai masalah yang anda hadapi tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.