mohamad amran
7 tahun
Sakit kepala atau migrain?
Assalamualaikum and selamat sejahtera doktor. Nama saya A dan berumur 19 tahun dan merupakan seorang student. Saya ingin bertanya mengenai gangguan sakit kepala yang saya alami. Saya dah lama mengalami sakit kepala begini. Kadang sebulan dua kali or sekali atau dua Bulan sekali dua kali. Sebelum saya sakit kepala, saya akan mengalami gangguan penglihatan seperti pandangan yang kabur dan kelip kelip. Kemudian saya akan rasa sakit di kepala di bahagian mata. Kemudian saya akan mengalami sakit kepala yang teruk di bahagian kanan kepala. saya beranggapan bahawa ianya normal. Tapi sekarang ianya kerap datang dan sekarang ianya makin teruk. Saya juga selalu letih dan sekarang ada merasa kebas di bahagian badan. Apakah ianya normal dan hanya sekadar migrain?
7 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas persoalan anda.
Migrain boleh menyebabkan sakit kepala yang sengit yang sering digambarkan sebagai sakit berdenyut. Sakit kepala jenis ini boleh berlangsung dari 4 jam hingga 3 hari dan biasanya berlaku satu hingga empat kali sebulan. Bersama-sama dengan rasa sakit, terdapat simptom lain, seperti sensitiviti terhadap cahaya, bunyi bising, atau bau, mual atau muntah, kehilangan nafsu makan dan sakit perut. Migrain boleh disebabkan oleh faktor genetik atau faktor persekitaran.
Apabila terdapat perubahan dalam sistem otak dan interaksi dengan saraf trigeminal, ia boleh menyebabkan migrain. Terdapat banyak ubat-ubatan yang telah direka untuk merawat serta mencegah episod migrain. Ubat migrain seperti Aspirin atau ibuprofen boleh membantu melegakan migrain ringan. Selain aspirin, triptans juga boleh digunakan untuk merawat migrain. Ia menyebabkan saluran darah mengecut dan ia juga menyekat saraf sakit di otak. Contoh ubat Triptan termasuk sumatriptan (Imitrex), rizatriptan (Maxalt), almotriptan (Axert), naratriptan (Amerge), zolmitriptan (Zomig), frovatriptan (Frova) dan eletriptan (Relpax).
Anda boleh mengambil riboflavin (vitamin B-2) untuk mencegah migrain atau mengurangkan kekerapan sakit kepala. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil suplemen magnesium untuk mengurankan kekerapan serangan migrain. Sila berjumpa doktor jika sakit kepala anda berlarutan.
7 tahun
Waalaikumsalam dan selamat sejahtera encik. Aktiviti harian yang sibuk dan tekanan serta tabiat pemakanan yang tidak teratur sering menjadi punca masalah ini dalam kalangan pelajar. Terdapat pelbagai jenis sakit kepala. Migrain merupakan salah satunya. Masalah ini sering bermula ketika umur 20-an dan lebih ramai penghidapnya dari kalangan wanita.
Gangguan migrain yang terlalu kerap berulang dipanggil migrain kronik. Penghidap migrain sebegini mengalami serangan migrain lebih 15 hari dalam sebulan dalam 3 bulan. Namun mereka ini perlu dipastikan tidak menghidap migrain akibat terlebih dos ubat-ubatan.
Berdasarkan ciri sakit kepala anda, besar kemungkinan anda menghadapi migrain yang mungkin kronik. Namun, sekiranya anda kerap mengambil ubat bagi melegakan sakit kepala anda, ia mungkin adalah “medication induced migrain”. Anda disarankan bercakap dengan doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan yang terbaik.
7 tahun
Hai, Selamat sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Melalui apa yang diceritakan oleh anda, besar kemungkinan anda mengalami migraine dengan aura, atau lebih dikenali sebagai classical migraine. Simptom migraine adalah;
- Sakit di satu sisi atau kedua-dua belah kepala anda
- Sakit yang merasakan berdenyut atau berdenyut
- Sensitif kepada cahaya, bunyi, dan kadang-kadang bau dan sentuhan
- Pening dan muntah
- Penglihatan kabur
- Kesedaran diri terganggu, kadang-kadang diikuti oleh pengsan
Namun, untuk kes anda, anda juga mengalami aura, iaitu sejenis gangguan sebelum terjadinya serangan migraine. Berikut adalah simptom aura:
- Fenomena visual, seperti melihat pelbagai bentuk, bintik terang atau kelip cahaya atau zigzag
- Kehilangan penglihatan
- Sensasi seperti dicucuk pin dan jarum dalam lengan atau kaki
- Kelemahan atau rasa kebas pada muka atau satu sisi badan
- Kesukaran bercakap
- Mendengar bunyi atau muzik
- Pergerakan yang tidak terkawal atau pergerakan lain
- Kadang-kadang, migrain dengan aura mungkin dikaitkan dengan lemah anggota badan (migrain hemiplegic).
Rawatan migraine adalah dengan menjauhi perbuatan risiko yang menyebabkan migraine. Paracetamol kebiasaanya mampu membantu. Sila rujuk dengan doktor sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut rawatan yang sesuai untuk anda.

































