Anonymous
5 tahun
Sakit kepala atau sakit mental
Hi doktor, sy nk tanya, kalau fikiran/kepala kita tiba2 kena serangan mcm, situasi kita tiba2 rasa terasing & seperti tak kenal orang, sy xtau nk cakap mcm mana. Bende tu serang tibe2, kita rasa org yg kita kenal kite rasa org asing walau dengan family. Fikiran tu smpai menyesakan dada dan menyakitkan yang menjurus kepada menangis dan menghentakkan kaki. Masalah mental ke ni doktor. Sebab berlaku dari umur sy 9 tahun hingga 27 thun ni. Dengan kekerapan setahun/6bulan sekali. Sy xtau nk.explain kt dktor bila jmpe. Sebab dktr mcm xamik kesah. Sbab hari ni berlaku lagi smpai sy rasa mcm soulless nk bunuh diri… sy rasa sy normal/waras.tp bila fikiran/sakit kepala tu dtg tiba2 sy rasa mcm tu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, banyak kemungkinan punca kepada permasalahan anda. Untuk membuat kesimpulan pastinya konsultasi lanjut dan ujian perlu dilakukan.
Anda tidak perlu bimbang, anda boleh cuba bertemu pakar psikiatri untuk mendapat pandangan mereka kerana mereka terlatih dalam bidag mental. Identiti anda dan butiran anda akan dirahsiakan dan orang lain tidak akan tahu pun anda berjumpa pakar psikiatri.
Berjumpa pakar psikiatri bukan semestinya anda mempunyai masalah mental. Mereka juga manusia biasa seperti anda. Mereka tidak terus akan mengatakan anda mempunyai masalah mental, mereka akan menyelidik kemungkinan punca-punca masalah anda dan mereka juga boleh tahu jika anda mencipta atau sekadar mewujudkan gejala-gejala tertentu.
Jika mereka mengesan bahawa masalah anda berkaitan dengan masalah lain seperti ketumbuhan dalam otak, mereka akan merujuk anda kepada pakar yang lain.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























