
Sulit
5 tahun
Sakit Kepala bahagian belakang semakin kuat dan kerap 2 minggu kebelakangan
Saya 37 Tahun
Seorg guru dan ibu kepada 4 org anak
Sebelum ini pernah sakit kepala namun sekadar biasa dan boleh ditanggung.
Namun sejak sebulan dua alami sakit kepala dan lebih kerap sakit sejak dua minggu kebelakangan ini.
Saya telah berjumpa doc dan doc telah berikan sy ubat migrain
Namun seminggu masih sakit kepala on off dan simptom yg saya alami adalah
sakit kuat bdenyut bahagian belakang kepala
tangan jari kiri kerap kebas masa sakit kepala
mata rasa seakan sembab bila sakit kepala kuat
demam
Jadi apa pendapat doctor ttg saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.