
Sulit
4 tahun
Sakit kepala bahagian kanan bila sentuh
Salam…sy terasa sakit kepala sebelah kanan…bila sentuh akn terasa sakit kepala sebelah kanan…paling menyesakkan bila nak bagun dari akn terasa sakit kepala sebelah kanan… Ape yg perlu sy buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit kepala tersebut. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Tension-type headaches
- Migrain
- Cluster headache
- Sinus headache
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Saya sarankan anda untuk segera berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda juga disarankan untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui punca sebenar yang menyebabkan sakit kepala anda dan agar rawatan yang sesuai dapat diberikan, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan yang lebih komprehensif boleh dijalankan.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih