
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala bahagian kiri dan berdenyut
Saya berumur 23 tahun dan bekerja di tempat kerja yang mempunyai persekitaran yang tidak menentu iaitu di Watsons Personal Care store… Hari ini merupakan hari ke 6 period day… Tetapi sejak semalam saya mengalami sakit kepala di bahagian kanan dan kiri… Ketika bangun tidur pagi tadi sakit tersebut hilang… Tetapi tidak lama selepas itu sakit tersebut datang tetapi hanya di sebelah kiri sahaja… Dan ia berdenyut denyut… Sebelum ini juga pernah berlaku walaupun bukan di waktu haid… Kadang kadang rasa loya tetapi tidak muntah… Ia agak mengganggu kerana bila sy berdiri rasa berdenyut terlalu kuat.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pemahaman saya terhadap soalan anda megalami sakit kepala semasa anda haid, namun sakit kepala ini juga boleh muncul di luar waktu haid. Terdapat beberapa jenis sakit kepala iaitu:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Punca puncanya adalah seperti berikut:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih