alingkris055
4 tahun
Sakit kepala bahagian telingan kanan sampai keleher,dan pening
Saya suri rumah 39th ,doktor cakap saya ade magrin ,sdh 5th sya selalu sakit kepalà ,pening dan loya ,dah 2 kali sya masuk hospital kerana muntah pening ,kt hospital pun cuma bgi injek ckp mingrin,yg i nk tanya ,knp pening sya tu selalu je ada x kisah pgi ke atau mlm,dan urat bahagian tengkuk i selalu tegang mcm kena tarik2x,kepala pun susah nk fokus ,klu nk ingat sesuatu berat kepala sya,i db buat imbas kt hospital semua normal ,semenjak i ada magrin i pun ada darah tinggi ,i ada makan obt drah tinggi jg,tq
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah migrain ini kebiasaannya mempunyai simptom-simptom seperti yang anda alami iaitu muntah, sakit disebelah bahagian dan pencetus seperti coklat, keju, pil perancang dan kafein. Selain migrain, beberapa terdapat juga punca sakit kepala yang lain seperti:
- Tekanan darah tinggi - hal ini biasa pada sakit kepala belakang
- Anemia - kurang sel darah merah
- Radang saluran darah - “temporal arteritis”
- Masalah mata - seperti glaukoma
Sekiranya punca-punca lain telah diketepikan, migrain boleh dicegah jika mengelakkan perkara pencetusnya serta pengambilan ubat apabila gejala awal muncul. Sekiranya masalah ini berterusan dan mengganggu kehidupan seharian anda, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.