
Sulit
3 tahun
Sakit kepala belah kiri dan mata
saya pelajar 14 tahun.saya mengalami sakit kepala belah kiri dan mata belah kiri sejak saya tinggal di asrama.rasanya seperti berdenyut.mata juga sakit seperti berdenyut.sakit kepala dan mata ini berlaku pada waktu yg sama. kekadang,saya nk bangun daripada baring pon sakit.saya tidak boleh pandang cahaya yg terang dan pantulan cahaya.jika saya pandang,sakit kepala makin bertambah.sebelum ni saya juga telah berjumpa dengn doc,tapi doc kata saya tidak cukup rehat.tetapi,bila saya telah menggantikan semula rehat yg tk cukup tu,kepala saya masih lagi sakit.sakit kepala niyh bukan selalu,seminggu dalam 4-6 kali kena.saya masih lagi makan ubat tahan sakit jika perkara ini berlaku.dan selepas saya makan ubat itu,sakit saya berkurangan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit kepala dan mata sebalah kiri boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sakit kepala migrain
- Sakit kepala kluster
- Radangan resdung
- Gangguan saluran darah
- Gangguan saraf
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Neurologi.