
Sulit
4 tahun
Sakit kepala belakang dan leher di bahagian atas
Sy lelaki umur 17 tahun. Sy mengalami sakit kepala di bahagian belakang. Sakit kepala sy akan bertambah sakit jika baring tapi kalau duduk/bersandar kurang sakit, dan belakang mata sy pun sakit juga. Sy juga ada masalah sakit tengkuk dan apabila sy menggerakkan leher ke kiri dan kanan selalu berbunyi dan Sy punya tulang belakang bongkok walaupun sy masih muda.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Jangkitan otak atau selaput otak
- Bendasing di dalam kepala (space occupying lesion)
- Otot leher tegang
- Masalah saraf
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.