Sulit
6 tahun
Sakit kepala berdenyut bahagian kanan
Salam sejahtera… Saya berumur 21 dan saya sakit kepala belah kanan… Saya dapat rasakan urat dekat bahagian kanan berdenyut kuat dengan menggunakan jari.Gigi pada bahagian kanan juga terasa sakit.Ketika makan saya gunakan gigi kiri untuk mengunyah.saya dah 2 hari berasa sakit kepala… Pada tahun lepas selama sebulan lebih sye mengalai penyakit sama dan dalam tempoh itu sye hanya menggunakan panadol dan painkiller yang dibeli di farmasi…saya tidak pernah merujuk mana-mana hospitak atau klinik mengenai masalah saya ini. Adakah ia boleh mengakibat kat penyakit serius seperti barah otak atau lain-lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, sakit kepala terbahagi kepada 2 jenis iaitu primari dan sekunder. Sakit kepala primari adalah seperti sakit kepala tegang dan juga migrain. Sakit kepala jenis ini tidak berbahaya dan biasanya disebabkan oleh stress, keletihan, kurang tidur atau rehat, mata yang letih, masalah mata seperti rabun, dan juga pemakanan atau kesan ubat-ubatan. Terlalu kerap mengambil painkiller juga boleh mencetuskan sakit kepala jenis ini.
Sakit kepala jenis sekunder biasanya disebabkan oleh masalah struktur di dalam otak seperti tumour, pendarahan dan lain lain. Ia biasanya lebih serius dan gejala sakit kepalanya dalah lebih teruk dan disertai gejala lain seperti muntah pada waktu pagi, sakit kepala lebih teruk ketika berbaring, pengsan, hilang berat badan, mengalami gangguan pengelihatan dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.

































