
Sulit
5 tahun
Sakit kepala berdenyut-denyut di sebelah kanan
Saya wanita berumur 44 tahun. Mempunyai penyakit ulcerative colitis dan sejak dua bulan kebelakangan ini saya mengalami sakit kepala yang agak teruk. Berdenyut-denyut di bahagian kanan kepala sehinggakan penglihatan saya di bahagian kanan juga turut terjejas. Sakit yang saya alami ini amatlah mengganggu kehidupan harian saya. Sakit kepala menjadi semakin teruk terutama di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur. Adakah ini tanda-tanda or simptom-simptom barah ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Memandangkan anda mempunyai masalah penglihatan, sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.