thirahm2
6 tahun
Sakit Kepala berdenyut-denyut
Salam sejahtera. saya kerap sakit kepala. sakit kepala saya ni jenis yang berdenyut-denyut untuk beberapa saat di bahagia depan tengkorak kepala, yang memaksa saya untuk berhenti seketika… setelah itu hilang. kemudian berdenyut balik, dan hilang lagi. kadang berlanjutan hingga 2 hari. boleh saya tahu ini disebabkan apa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit kepala.Antaranya ialah:
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk membincangkan tentang punca sakit kepala anda dan apakah rawatan yang sesuai sekiranya perlu. Terdapat banyak ubat tahan sakit yang dijual di kaunter (OTC).
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

































