
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, berkhayal, berasa lemah
saya wanita dalam belasan tahun dan saya sering berasa sakit kepala,sering berkhayal, rasa diri lemah dan berasa sakit kepala apabila hendak tidur pada waktu malam. pada beberapa tahun lalu saya pernah mengalami hentakan pada bahagian kepala, saya tidak pernah berjumpa doktor berkenaan hal ini kerana ia tidak parah dan hanya berasa sedikit sakit sahaja. adakah hal ini mempunyai kaitan dengan sakit kepala saya? pada tempoh datang bulan baru-baru ini saya mengalami sakit kepala yang berbeza dari biasa. adakah ini membahayakan kesihatan saya dan adakah saya perlu berjumpa dengan doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda berkenaaan gejala yang anda alami. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat mengatakan sama ada sakit kepala tersebut berpunca daripada kemalangan kepala anda pada masa lampau kerana ia memerlukan pemeriksaan lanjut. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit kepala yang dihadapi, seperti:
- Migrain
- Jangkitan selaput otak (meningitis)
- Encephalitis
- Terdapat ketumbuhan atau pepejal yang memenuhi ruang tengkorak
- Hipoglisemia atau kurang gula di dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Masalah psikologi: Kemurungan (depression), keresahan (anxiety)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai keadaan anda. Disebabkan ia mengganggu tidur dan aktiviti harian anda, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor segera supaya puncanya dapat dicari dan dirawat dengan segera kerana kami bimbang ia berpunca daripada sesuatu yang serius dan hal ini amat memerlukan perhatian anda dan doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Sila pantau gejala anda dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala ini , termasuklah gejala yang disebutkan oleh anda di dalam ruangan soalan:
- Demam
- Gangguan penglihatan
- Leher yang mengeras
- Lemah seluruh badan
- Muntah-muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami mengenai keadaan anda. Terima kasih.