Sulit
5 tahun
Sakit kepala berlarutan sehingga rasa tidak selesa
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya sering mengalami sakit kepala sebelah kanan dan telinga saya sering rasa berdesing sehingga menambahkan rasa sakit kepala saya. Setiap kali buat pemeriksaan tekanan darah saya atas kurang dari 90 dan bawah kurang dari 60. Apakah masalah yg saya hadapi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu sakit kepala berlarutan sehingga rasa tidak selesa. Untuk makluman anda, masalah seperti ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah migrain
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti lambat makan
- Kurang rehat atau tidur.
- Masalah tiroid.
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































