
Anonymous
6 tahun
Sakit kepala berpanjangan
saya wanita berusia 24 tahun dan suami sy berusia 40 tahun . sejak 2 3 ari lepas kami dijangkiti demam dan sy semakin pulih . suami pula diserang sakit kepala bahagian atas tengah sblh kiri . kami sudah berjumpe doktor smlm dan doktor cume beritahu itu cuma sakit kepale biase . tpi suami sakit kepala seperti terkena renjatan elektrik dikawasan seperti sy katakan tdi . doktor bleh bantu sy cara mngurangkan denyutan itu atau sy perlu ke hospital ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberap jenis sakit kepala. Antaranya :
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Biasanya masalah sakit kepala boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus sakit tersebut. Bagi mengatasi masalah sakit kepala suami anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.