
snahira72
5 tahun
Sakit kepala berturut turut
Saya lelaki berumur 26 tahun. Lately ni saya kerap sakit kepala sampaikan saya tak boleh nak buat apa apa kerja. Demam (suhu badan) juga on off. Bila malam badan saya sejuk mendingin menggigil. Mata sebelah juga sakit nak dibuka and sensitive pada cahaya. Tanda tanda apa ye doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala-gejala yang anda hadapi mungkin disebabkan oleh sat atau lebih punca. Gejala-gejala tersebut boleh disebabkan oleh berbagai masalah kesihatan antaranya demam denggi, jangkitan kuman pada otak dan sebagainya.
Sakit kepala boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu “sebab primary” atau “sebab sekunder”. Antara punca-punca sakit kepala primari adalah:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Manakala punca sakit kepala sekunder boleh disebabkan seperti:
- Jangkitan kuman/virus pada struktur otak
- Hipertensi Malignan
- Ketumbuhan pada otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa doktor kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migraine
- jangkitan kuman atau virus
- ketumbuhan ataupun kanser
- radang pada sistem saraf atau otak
- penyakit autoimun seperti sklerosis seluruh
Namun, dalam kes tuan, simptom yang tuan nyatakan adalah seperti simptom lazim untuk sakit kepala migraine. Terdapat juga kemungkinan besar tuan ada penyakit selaput saraf atau otak (meningitis). Menigitis yang tidak dirawat mampu mengancam nyawa dan memberi impak besar dalam kehidupan seharian jika dibiar melarat. Oleh itu, dapatkan rawatan dengan pakar perubatan dengan segera supaya ia tidak melarat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih