
Sulit
3 tahun
Sakit kepala, cepat semput, sakit kepala yang kerap
Salam sejahtera, saya wanita berumur 33 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sering sakit kepala, cepat semput wlupun hanya menaiki tangga 2 tingkat. Setiap kali check tekanan darah, bacaan sering kali tinggi. Alasan yang saya berikan kepada doktor sebab saya nervous. Tp wlupun selepas bertenang seketika, bacaan masi tinggi…last bacaan tekanan diambil adalah minggu lalu 168/99. Ibu bapa saya mempunyai sejarah penyakit jantung, darah tinggi. Adakah saya perlu membuat full body check up dan bolehkan dibuat di hospital kerajaan. Hal ini kerana, hasil tinjauan mendapati harga utk membuat body check up RM200++.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang masalah sakit kepala dan cepat letih yang kerap anda alami ketika ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah sakit kepala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Dehidrasi
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
Akan tetapi, masalah ini juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut termasuk penerangan mengenai pemeriksaan kesihatan yang anda tanyakan.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih