Jessy Lee

7 tahun

Sakit kepala, dada dan ketulan dagu

Doktor, saya nak bertanya .saya selalu sakit kepala disebelah kiri. Apabila saya bangun, sakit akan bertambah dan sangat sakit. Apa penyebabnya ya? Saya juga selalu sakit dada sebelah kanan seperti dicucuk dan terhimpit. Apa sebabnya juga ya? Satu lagi soalan. Dibawah dagu saya ada ketulan. Sebelum ini, hanya satu ketulan. Dan sekarang ada 5 ketulan seperti biji kelenjar. Bagaimana untuk rawatnya?

Dr Ilias,

7 tahun

Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan. Ketiga-tiga masalah yang anda nyatakan mungkin adalah masalah yang berasingan atau saling berkaitan. Maklumat lebih lanjut adalah diperlukan untuk memastikan perkara ini.

Sakit pada sebelah kepala merupakan salah satu simtom masalah migrain. Namun begitu, terdapat punca lain sakit kepala pada sebelah bahagian seperti:

  1. Sakit kepala akibat terlalu banyak mengambil ubat seperti aspirin
  2. Masalah rongga hidung atau sinus tersumbat akibat jangkitan atau alergi
  3. Mengambil makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala bagi sesetengah orang, contohnya alcohol, keju atau kekacang
  4. Pemakanan tidak teratur
  5. Tekanan
  6. Kurang tidur
  7. Masalah saraf atau salur darah pada kepala seperti “giant cell artritis” iaitu bengkak pada salur darah dia kepala menyebabkan sakit pada rahang, bahu dan kepala.
  8. Masalah mata seperti glaucoma
  9. Kecederaan pada kepala

Sakit dada adalah simtom yang membimbangkan. Ia boleh disebabkan oleh masalah jantung, paru-paru, tulang atau otot dada, saluran esofagus, perut, atau saraf pada bahagian tersebut. Sekiranya anda mengalami masalah ini, berjumpa doktor adalah langkah yang terbaik bagi memastikan apakah puncanya dan boleh dirawat sekiranya perlu.

Hai, terima kasih untuk soalan anda.

Sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara. Sakit kepala boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sakit kepala primary atau secondary.
Sakit kepala primary tidak merbahaya dan sering terjadi. Antara contoh primary headache ialah migrain dan tension headache. Migrain ialah sakit kepala di sebelah sisi kepala sahaja dan ia sakit yang berdenyut. Tension headache ialah di mana sakit seperti ada satu lilitan yang ketat di sekeliling kepala dan kepala terasa ditekan.

Sakit dada boleh menandakan sakit yang serius seperti jangkitan paru-paru ataupun serangan jantung. Kebiasaanya sakit dada sebelah kiri yang datang bersama sakit bahu, sakit di bahagian mulut, berpeluh, sakit yang terasa dada dihimpap atau kebas tangan dikhuatiri itu adalah tanda serangan jantung.

Bengkak biji kelenjar boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti jangkitan kuman dan juga ketumbuhan. Jika anda merasa tidak sihat, berat badan susut tanpa niat, pernah menghidap kanser, mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai kanser, sila berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang menyeluruh untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Saya berharap telah menjawab soalan anda dengan baik. Selamat berjaya.

Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada kami. Simptom-simptom anda mungkin berkait antara satu sama lain atau adalah masalah yang tersendiri bagi setiap simptom. Sakit kepala pada sebelah sahaja dan bertambah sakit selepas bangun daripada tidur boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah migrain, sakit kepala tension dan sakit kepala cluster.

Kesemua sakit kepala ini kebiasaaannya dicetus oleh beberapa perkara seperti stres, pengambilan alkohol dan kopi, merokok, tidak cukup tidur dan juga perubahan hormon dalam putaran haid. Saya cadangkan anda mempunyai diari sakit kepala yang merangkumi waktu sakit dan aktiviti sebelum menghadapinya. Bawa diari ini kepada doktor supaya doktor dapat membezakan jenis sakit kepala. Kebiasaannya, ubat tahan sakit membantu mengurangkan sakit kepala. Perubahan rutin harian juga boleh membantu.

Sakit dada pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara tetapi yang paling utama adalah serangan angina di mana terdapat kekurangan oksigen pada jantung disebabkan oleh pengecilan saluran darah atau penyumbatan salur darah disebabkan plak kolesterol. Jika anda mempunyai darah tinggi atau kencing manis mahupun kolesterol yang tinggi, risiko untuk serangan sakit jantung adalah tinggi. Apabila melakukan aktiviti fizikal, sakit dada boleh bertambah teruk. Jika terdapat pedih ulu hati, mungkin anda mempunyai refluks asid perut. Untuk ini, saya cadangkan agar anda bertemu dengan doktor untuk melakukan beberapa ujian seperti elektrokardiogram bagi memastikan diagnosis yang betul.

Ketulan biji kelenjar pula boleh disebabkan oleh cara badan membasmi jangkitan kuman. Kebiasaannya ia hilang dalam beberapa minggu dan boleh dirawat dengan antibiotik. Ia juga boleh menunjukkan kanser seperti leukemia jika biji kelenjar ini adalah keras. Selain itu, ia juga boleh disbabkan ketumbuhan lemak yang dipanggil lipoma. Untuk mengenalpasti punca ketulan-ketuna ini, anda perlu berjumpa doktor.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)