
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan anggota badan sangat lemah dan kerap tidur
Anak saya asik tidur dan kadang2 tak bermaya kurang faham bila tanya jawapannya salah kadang2 pitam tiba2 ada masalah kepala ke doc

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, masalah yang anak anda hadapi dan gejala-gejala berlaku boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang darah merah
- Tekanan darah rendah / Hipotensi
- Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin
Dapatkan nasihat Pakar tentang masalah pitam !
And perlu untuk mengambil perhatian berkenaan simptom dibawah dan segeralah bawa anak anda ke fasiliti kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan segera:
- Demam
- Sawan
- Kurang berat badan dan hilang selera makan
- Lumpuh sebelah badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.