
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan angin dalam badan serta period tidak teratur
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya kerap mengalami sakit kepala dan angin dalam badan. Sometimes rasa macam nak deman dan tidak selesa. Saya ada makan panadol sebelum tidur tapi bila bangun dari tidur masih pening kepala hingga terganggu kosentrasi untuk berkerja. Apakah masalah kesihatan saya? Selain itu, masalah period tidak teratur dari saya berumur 14 tahun. Saya pernah datang haid 2 kali sahaja dalam tempoh satu tahun. Saya pernah berjumpa dokter di klinik kerajaan tapi dokter cakap hormon tak stabil dan normal. Berkaitan period, saya tak ada mengalami sakit apa apa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami anda sering mengalami gejala sakit kepala, angin dalam badan, pening dan rasa seperti demam. Di samping itu, anda juga mengalami haid tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Jawapan yang diberikan oleh kami ini adalah secara umum kerana kami tidak boleh mengenal pasti punca masalah anda tanpa maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal dan ujian. Oleh itu, secara umumnya, gejala yang anda alami (kecuali haid tidak teratur) boleh disebabkan oleh :
- Anemia
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Dehydrasi
- Gaya hidup yang kurang aktif
- Gangguan tekanan
- Masalah keresahan
Manakala, masalah haid tidak teratur anda boleh berlaku kerana :
- Stres
- Berat badan berlebihan
- Aktiviti fizikal berat
- Pengambilan ubat perancang atau ubat hormon lain
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- PCOS
- Masalah tiroid
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian dengan doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.