
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan badan lesu
Saya baru 10 hari berkahwin. Lepas 2 hari nikah,period Saya tamat. Harini satu badan Saya penat lesu Dan kepala sakit.
Adakah kemungkinan Saya mengandung minggu pertama?
Doktor cuma bagi ubat mual,sakit kepala dan antibiotic .
Boleh kah saya makan ubat tu? Tak merbahaya kalau betul Saya mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit kepala dan badan lesu. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Dehidrasi
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
Namun begitu, sakit kepala yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan membuat penilaian sama ada anda hamil ataupun tidak.
.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.