
noraisa890404
5 tahun
Sakit kepala dan berdarah hidung
anak saya lelaki berumur 10 tahun mempunyai masalah sakit kepala yg kerap dan pendarahan hidung. anak saya sakit kepala sampai menagis nagis kerana kesakitan. semasa tidur akan berlaku pendarahan hidung yang banyak menyebabkan saya risau. semasa anak saya berumur 6 tahun, sudah buat pemeriksaan di hospital dan ct brain. keputusannya tiada apa2 masalah. sudah buat pemeriksaan mata,dan dia rabun jauh. walaupun sudah memakai cermin mata, anak saya masih mengalami sakit kepala yang teruk. adakah perlu saya membawa anak saya sekali lagi utk berjumpa doktor? terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anak anda alami boleh disebabkan oleh:
- Migrain
- Tekanan darah tinggi dalam kepala
- Masalah pembekuan darah
- Ketumbuhan didalam otak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh bawa anak anda berjumpa dengan doktor diklinik untuk mendapatkan surat rujukan doktor hospital ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.