
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan berdenyut
saya lelaki berumur 21 tahun , kebelakangan ni saya mengalami sakit kepala dan berdenyut . dan semasa saya tekan bahagian atas kepala (tempat yg berdenyut) ianya berasa sakit seperti tekan di tempat yg lebam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda mengenai kepala anda yang berasa sakit dan berdenyut.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah anda tersebut. Antaranya adalah:
- Migrain
- Sakit kepala tegang
- Sakit kepala kluster
Selain itu, masalah and juga boleh disebabkan oleh penyakit tertentu contohnya:
- Jangkitan otak (meningitis, encephalitis dll)
- Masalah saluran darah otak
- Ketumbuhan di dalam otak
- Trauma kepala
- Kesan sampingan daripada ubat-ubat tertentu
Oleh itu, saya menasihatkan anda untuk merujuk doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor