
syamsiahdjuma
5 tahun
Sakit kepala dan berpeluh
Saya Syaqilah berumur 24 tahun. Sering sakit kepala yg teruk sebelum period dan ketika period sudah habis. Namun kali ini sakit kepala smkin teruk. Sudah 3 hari saya sakit kepala. Dan badan saya sentiasa berpeluh walaupun sesudah mandi. Yang amat merisaukan, badan saya sentiasa lemah. Saya sudah mandi ais semalam dan hari ini untuk mengurangkan sakit kepala saya, namun sakitnya hanya berkurang sedikit. Sehingga sekarang badan saya asyik berpeluh. Mohon pencerahan dari Doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Ataupun boleh jadi sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Merujuk kepada gejala tambahan seperti peluh, tidak dapat disimpulkan memandangkan keterangan anda adalah kurang lengkap. Sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk kondisi anda ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih