
syafiqazni1
6 tahun
Sakit kepala dan leher berterusan
Hi saya syafiq umur 21 tahun, saya dah sakit tengkuk ni bermupa dari 2017, puncanyaa dari tidur, dan selepas tu sakit tu berterusan, saya ingatkan sakit urat biasa je, rupanya tak, sakitnyaa tu sampai rasa bahagian kepala, tapi semuanya hanya sakit disebelah kanan sahaja, dah bermacam rawatan yang saya dah lakukan, tapi still tak sembuh, sekarang ni makin teruk, hari² lagi sakit, saya pun tak tahu nak buat apa dahh, tolong saya…

6 tahun
Hai, Selamat pagi. Terima kasih untuk soalan anda.
Sakit kepala kronik ialah apabila seseorang mengalami serangan sakit kepala lebih dari 15 kali sebulan ataupun sakit kepala hampir berkekalan melebihi 3 bulan.
Migraine – sakit kepala berdenyut di sebelah sahaja, sensitf terhadap bunyi dan cahaya terang. Penyebab migraine ialah mengambil kaffein seperti kopi, alkohol, panik, keju dan senaman.
Tension headache – sakit kepala yang seperti terdapat satu lilitan yang ketat di kepala yang menekan kepala
Cluster headache - sakit kepala di mana pesakit akan mengadu sakit kepala di sebelah kepala sahaya, teramat sakit, dan juga boleh menyebabkan belakang mata sakit. Kebiasaanya memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih