
Sulit
3 tahun
Sakit kepala dan masalah penglihatan
Salam dan selamat sejahtera. Sy berumur 35 tahun. Bekerja sebagai guru. Sy juga mempunyai rabun jauh sejak tingkatan 1. Tapi tahap rabun tidak tggi. Kali terakhir tahun 2020 sy check power sy 275. Sejak pandemik sy byk menggunakan laptop dan telefon bimbit. Sejak beberapa bulan lepas sy perhatikan bila melihat telefon secara dekat, sy perlu buka cermin mata sy. Dan mggu lepas sy mengalami sakit kepala utk beberapa hari dan pd satu mlm ketika sy sedang mmbuat kerja mggunakan laptop, tiba2 mata sy mcm trnampak silau/cahaya dan pandangan pd screen mnjadi kabur. Boleh doktor terangkan situasi yg brlaku pd sy. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit kepala anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala sehingga menyebabkan penglihatan terjejas dan kabur ketika menggunakan laptop. Saya faham anda berasa bimbang akan keadaan ini dan ingin mengetahui tentang punca dan cara untuk menghilangkannya.
Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan berlakunya simptom-simptom seperti yang anda telah sebutkan diatas, antaranya adalah:
- Migrain
- Tekanan darah yang tidak normal
- Gula dalam darah yang rendah
- Keradangan
- Tanda awal stroke
- Trauma
- Tekanan emosi
Namun, untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor.
Saya berharap penjelasan diatas dapat membantu anda dan sekiranya anda mempunyai persoalan dan keraguan, anda boleh ajukannya kepada doktor kami atau mendapatkan nasihat daripada doktor pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala