k.anuar2011
3 tahun
Sakit kepala dan mata berpanjangan
Salam saya lelaki berumur 37 thn, saya telah berasa tidak selesa di bahagian kepala bukan pening kepala tetapi ada masa rasa seperti melayang selain mata turut merasa tidak selesa. Hampir 3 minggu. Pemeriksaan doktor telah dibuat dan mendapati tahap kolestrol tinggi dan telah mengambil ubat hypertension dan kolestrol serta ubat sinus. Ketidakselesaan ada masa dibahagian dahi ada masa dibahagian belakang atau atas kepala. Tiada simptom lain dan ECG pun telah dibuat juga didapati normal tiada berkaitan jantung begitu juga test tiroid normal. Doktor tidak mahu refer saya lagi ke hospital sekadar meminta saya habis dahulu ubat baru review semula kesihatan. Namun saya masih berapa tidak selesa walaupun sedang mengambil ubat dan ianya sedikit menjejaskan emosi dan kehidupan harian.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor namun masih mengalami masalah tersebut, ia boleh disebabkan beberapa perkara.
- ubat yang tidak sesuai
- salah diagnosis
- masalah kebimbangan (anxiety disorder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































