
veda
6 tahun
Sakit kepala dan pernah kurang darah merah
Hi doc , sy nk tnya kenapa sy sering sakit kepalA dan sakit tu boleh makan berminggu utk sehat . Masa kecil dulu sy ernah masuk wad sbb xcukup darah merah , adlh benda tu akan berulang balik . Tp kalau benda tu berulang balik sy akan nampak kesan pada bodi dan berat badn akan menurun . Tlg beri penjelasan

6 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Penyakit yang menyebabkan badan kurang menghasilkan darah merah:
Kurang zat besi
Kurang zat vitamin seperti B12 dan asid folik
Sakit buah pinggang
Penyakit hati
Hypotyroid
Kanser darah seperti leukemiaPenyakit yang menyebakan darah merah lebih cepat dihapuskan
Limpa membesar
Sickel cell anemia
ThalessemiaHilang darah
Pendarahan akibat kecederaan fizikal
Pendarahan dari system penghadaman seperti perut, urus dan dubur
Pendarahan yang terlalu banyak ketika haid
Terlalu kerap menderma darah
Sekiranya sesorang mengalami kurang sel darah merah, antara simtom-simtom yang boleh dihadapi adalah:
Kurang tenaga
Cepat letih
Sakit kepala
Pucat dan kulit kelihatan kekuningan
Jantung berdegup laju
Sesak nafas
Pitam
Sakit dada
Tangan dan kaki sejuk
Oleh kerana anda pernah mengalami masalah kekurangan sel darah merah ketika kecil ia mungkin berulang dan sakit kepala anda mungkin merupakan salah satu manifestasi keadaan tersebut. Untuk memastikan perkara ini, anda disarankan bercakap dengan doktor bagi memberi maklumat yang lebih lengkap dan mendapatkan pemeriksaan lanjut serta ujian darah.

6 tahun
Hai, selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.
Anaemia ialah keadaan di mana badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup untuk memenuhi keperluan badan.
Antara simptom anaemia ialah;
- Kepenatan
- Kulit pucat atau kekuningan
- Dengupan jantung tidak normal
- Susah bernafas
- Pening
- Sakit dada
- Tangan dan kaki sejuk
- Sakit kepala
Di sini saya terangkan penyebab-penyebab utama anaemia dan cara merawat mereka;
- Kekurangan ferum – keadaan ini sangat banyak terjadi pada wanita yang datang haid dan merupakan penyebab utama anaemia di seluruh dunia. Banyakkan pemakanan yang kaya dengan ferum seperti daging merah atau ambil supplemen ferum.
- Kekurangan folik asid/vitamin B12 – dua elemen ini penting untuk menghasilkan sel darah. Terdapat supplemen untuk menambah folik asid dan vitamin b12.
- Anaemia kerana penyakit kronik - kanser, HIV / AIDS, arthritis rheumatoid, penyakit buah pinggang, penyakit Crohn dan penyakit keradangan kronik yang lain - boleh mengganggu pengeluaran sel darah merah.
- Talesamia – penyakit darah di mana sel darah dihancurkan secara berlebihan.
Terdapat kemungkinan anda sakit kepala kerana anaemia, namun dinasihatkan untuk anda berjumpa doktor untuk melakukan ujian untuk mengetahui status sel darah anda dan punca sakit kepala anda.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas soalan yan diajukan.
Kurang darah merah juga dikenali sebagai anaemia. Anaemia terjadi disebabkan oleh kurang zat besi, pendarahan yang banyak, kurang vitamin B12, thalassemia, sickle cell anaemia dan juga kanser darah. Biasanya, dalam kanak-kanak, ia disebabkan oleh kurang selera makan yang membawa kepada kekurangan nutrisi di dalam badan khususnya zat besi. Zat besi boleh didapati dalam sayur-sayuran dan juga daging merah. Selain itu, vitamin B12 dan folat juga boleh didapati dari makanan dan berfungsi untuk membuat sel darah merah. Penyakit kornik dan jangkitan parasit juga boleh menyebabkan kekurangan darah merah.
Anaemia ialah kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh badan. Apabila kekurangan darah merah, badan tidak menerima oksigen yang mencukupi menyebabkan kekurangan tenaga sehingga menjadi lemah, lesu dan letih. Selain itu, sakit kepala juga akan terjadi disebabkan kekurangan oksigen ke kepala. Kelopak mata dan wajah yang pucat serta rasa mual juga adalah antara simptom utama anaemia.
Dalam pada itu, kesesakan nafas juga berlaku disebabkan tidakbalas badan untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi ketika melakukan akitivit harian seperti berjalan. Rasa berdebar-debar juga mungkin berlaku kerana jantung kekurangan oksigen. Di samping itu, sistem imun badan menjadi lemah menyebabkan mudah mendapat jangkitan kuman. Untuk mendapatkan kepastin jika anda masih mempunyai darah merah yang rendah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian darah.