
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan rasa nak muntah tekak mual2
Saya beberapa hari ni kerap sakit kepala waktu tengahari dan tekak rasa mual2 nak muntah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti cuaca panas, coklat, keju atau kafein
- Sakit kepala tegang - pencetus seperti stres, dehidrasi
- Keracunan makanan atau alahan makanan
- Asid refluks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.