
Sulit
2 tahun
Sakit kepala dan sakit leher
saya wanita yg berusia 30, baru2 nie sya mengalami sakit kepala yg sangat teruk, kesakitan nie sertakan dengan sakit leher, leher sya merasa kejang, sebelom sya mengalami sakit kepala… kepala sya berdenyut2 dibahagian belakang, kemudian diatas kehadapn dan baru la dibahagian hadapan… sakit nie akan bransur lega apabila sya, baring atau sya tido… lepas sya bgn tdo, sakit kepala nie akan hilang, dan akan kembali selepas berapa jam kemudian…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah tinggi
- Migraine
- Sakit kepala jenis tekanan
Tekanan darah tinggi memerlukan rawatan kecemasan kerana komplikasinya boleh merangkumi strok dan sakit jantung. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu masalah kesihatan di Malaysia yang dikenali sebagai penyakit tiga serangkai iaitu: Kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Risiko untuk mendapat tekanan darah berlipat kali ganda jika mempunyai ahli keluarga dengan salah satu penyakit tersebut dan gaya hidup tak sihat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.