
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan sakit- sakit badan
Saya gadis berumur 27 tahun. Ada sejarah perjalanan ke Korea Selatan. Pulang ke Malaysia pada 18 feb. Saya kuarantin diri sampai 20 feb. 21 feb saya pergi KK dan memberi sampel kahak dan tunggu seminggu utk result. Result keluar 28 feb dan okay tetapi KK kata itu saringan biasa dan bukan utk Covid-19. Pada hari yg sama, saya pergi ke hosp utk buat saringan Covid-19 dan telah ditahan wad utk kurantin sehingga 1 Mac. Result saya adalah negatif. Last dignosed saya adalah upper respiratory tract infection. Setelah pulang, saya kuarantin lagi diri selama seminggu sehingga 9 Mac. Setelah habis kuarantin, saya dapati badan saya start sakit2 sendi dan sakit kepala yg kuat tetapi tiada demam dan sesak nafas. Saya nak tanye, adakah saya perlu buat semula saringan covid-19 atau ianya ada sesuatu yg biasa utk org yg terkena influenza? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana anda pernah membuat ujian saringan COVID-19, kemungkinan besar ini merupakan gejala influenza. Namun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini