
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala dan strok
Sy berumur 43 thn…sy kene stroke umur 40thn…dr segi fizikal sy ok…boleh bermain badminton cuma sy rase pening di kepala tidak hilang sejak 3thn dulu…rase sakit ni bergerak-gerak(kadang2 rase sakit di atas,kiri kanan kepala)…bila dipicit kepala keluar angin macam sendawa…memang menganggu sy utk bekerja…rasa lenguh dan tegang di belakang tengkuk…bila dipicit keluar angin…dah byk ubat or supliment sy cuba tp xde kesan…dulu lps dibhat mri doktor bgtau ade darah beku sebesar titik2 pen dlm kapilari darah dlm kepala saya…tidak tau la…sy mohon dr bg pencerahan pd saya kerna sy dah x tertanggung lg penyakit ini…sy cuba utk positifkan diri tp sejak akhir2 ni rase cam jd negatif pulak…mohon bantuan tuan dr…cg marzuki 0199804450

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit kepala pada pesakit strok boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah yang tinggi selepas strok (mekanisma badan dalam memberikan darah mencukupi ke otak)
- Ketidak-seimbangan elektrolit badan ke otak
- Pendarahan dalaman otak
Sebetulnya, sedawa apabila diurut bukanlah bermaksud badan anda dimasuki angin sehingga menimbulkan kesakitan. Akan tetapi, sedawa saat diurut terjadi kerana relaksasi otot-otot perut akibat urutan tersebut.
Seandainya anda sering sakit kepala, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri tekanan darah tinggi ataupun terjadi strok berulang.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.