
Sulit
4 tahun
Sakit kepala dan telinga berdengung seperti ada angin
hai , saya wanita berumur 19 tahun . baru baru ini saya mengalami demam panas dan sakit kepala . pada mulanya saya sakit kepala hanya sebelah kiri sahaja dan telinga saya mula berdengung seperti ada angin .saya beranggapam hal ini berlaku kerana urat saya yang tegang dan kerana saya menghadap komputer sepanjang hari untuk kelas online . tetapi hal ini sudah berlanjutan selama seminggu dan menyebabkan saya kurang fokus . kenapa ya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana gejala yang anda alami ini telah berlarutan. Sakit telinga mungkin disebabkan oleh:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (“cyst”)
- Abses atau nanah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit telinga berterusan dan berpanjangan
- Keluar nanah
- Telinga bengkak dan kemerahan
- Kurang daya pendengaran
- Sakit yang mengganggu aktiviti harian
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.