
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan telinga kiri tak dengar
Hi. Saya seorang gadis berusia 21 tahun. Masuk harini dah nak dekat sebulan kepala saya sakit. Dan dah 8 hari telinga kiri saya tak dengar. Kebetulan haritu saya kena gastrik, kepala pusing dan muntah. Saya check telinga sekali tapi dr. kata tiada apa apa. Tapi telinga saya masih takdapat dengar. Bunyi berdesing terlalu kerap. Kepala kerap sakit. Kenapa ya dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami, terutamanya masalah pendengaran, bunyi berdesing dan muntah boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Meniere’s disease yaitu penyakit telinga dalam
- Otosklerosis ketumbuhan tulang abnormal di telinga tengah
- Noice induced hearing loss kehilangan pendengaran akibat bunyi bising
- Masalah neurologi terkait saraf di bahagian sentral dan telinga
Memandangkan gejala yang anda alami ini dapat ditemukan pada pelbagai penyakit, anda digalakkan untuk merujuk doktor bagi membezakan dan mengenalpasti diagnosis sebenar melalui pemeriksaan lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk merujuk doktor, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.