
Sulit
5 tahun
Sakit kepala dan telinga sakit dalam waktu yang sama
Saya wanita berusia 19 tahun, saya suka berfikir banyak benda dalam satu masa, dan saya sering kena sakit kepala namun pagi ni telinga sakit sakit sekali sama dengan sakit kepala. Kenapa ye doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Gejala sakit kepala anda beserta dengan rasa telinga sumbat boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga
- Migrain
- Disfungsi sendi temporo-mandibular
- Sakit kepala kluster
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.