Anonymous
6 tahun
Sakit kepala dan tengkuk serta selsema
Salam doktor. Saya sering sakit kepala kebelakangan ini. Di atas kepala dan tepi mata. Tengkuk juga sakit. Ada masa mual dan loya. Sering selsema (mungkin ada masalah sinus). Penglihatan ok, cuma kabur (tidak sharp) selepas buat lasik tahun 2015. Sering rasa tertekan sejak menjak ini.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala anda boleh disebabkan:
- Migrain
- Resdung
- Sakit kepala berkelompok
- Glaukoma
- Sakit mata - rabun jauh
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































