
nursaidatul172
5 tahun
Sakit kepala di bahagian kanan belakang secara berterusan
saya berumur 16 dan saya kerap sakit kepala dia bahagia kanan belakang. kenapa perkara ni berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Migraine
- Tension-type headache
- Cluster type headche
Sakit kepala juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur otak seperti ketumbuhan barah otak atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit kepala yang disebabkan masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- Sawan
- Pening dan muntah
- Kebas
- Bengkak mata atau masalah penglihatan
- Kelemahan atau lumpuh, terutamanya pada satu sisi badan
- Masalah ucapan/ berkata-kata
- Perubahan personaliti
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.