Sulit
3 tahun
Sakit kepala di bahagian kanan dan menyebabkan tidk cukup tido.dan berasa ingin muntah
Hy doktor saya berumur 17thn…2thn yang lps kepala saya mengalami pendarahan dan saya perlu jalani operation akibat ada ketumbuhan di bahagian kanan kepala…sejak kebelakangan ini sya sering berasa sakit ketika tidur mengiring ke kanan…saya juga sering berasa ingin muntah…saya berasa sakit hinggga ke rahang gigi…saya berasa sakit kepala pada waktu petang hingga ke mlm… menyebabkan saya tidk cukup tidur.blh sya tahu kenapa
4 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian kepala kanan dan mual. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda dinasihatkan untuk:
- Kawal stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Kami menyarankan anda supaya merujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan diagnosis yang sebernarnya serta rawatan yang tepat.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk bantuan yang lanjut.
Harap jawapan kami membantu anda. Terima kasih!
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


































