wawa_pear
6 tahun
Sakit kepala di bahagian kiri kening
Sy wanita berumur 27thn seorang surirumah . Saya ingin bertanya kan tentang masalah yg kerap sy hadapi iaitu sakit kepala sebelah kiri dan yg paling tepatnya di bahagian kening dan mata sebelah kiri … sakit nya harlnya disebelah kiri sahaja . Dan sangat kuat .sehingga nak tekan untuk picit atau urut dibahagian kening tu rasa nya terlalu sakit … sakit tu juga buat mata sy xboleh bukak besar dan fokus . Sy dah ambik paracetamol 1000mg tapi masih xkurang sakitnya . Sangat² mengganggu kerja harian sy …
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Untuk pengetahuan puan, punca Sakit Kepala Bahagian Kiri boleh disebabkan oleh:
- Migrain
- Sinusitis
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala ketegangan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

































