
Sulit
3 tahun
Sakit kepala di sebelah kiri akibat terlalu tertekan. takmampu mengawal emosi ketika sedih dan marah
saya berusia 18tahun sering mengalami sakit kepala di sebelah kiri yang teruk. saya syak yang saya mengalami depresion sebab saya sudah lama tidak suka bergaul dengan org. saya selalu kemurungan. bila saya sedih, saya ada sedih yg terlampau walaupun cuma hal yang remeh. apabila sakit ini menyerang, semua kejadian yang buat saya sakit dan sedih akan datang sekaligus buat saya lagi tertekan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit kepala pada bahagian kiri dan juga mengalami gangguan emosi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala pada satu bahagian boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
- Stres
- Pengambilan minuman berkafein yang berlebihan
- Dehydrasi
- Kekurangan tidur
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tension
Anda juga memaklumkan bahawa anda sedang mengalami gangguan emosi. Gangguan emosi adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana gangguan emosi yang tidak dirawat boleh membahayakan diri anda. Kami memahami keresahan anda, terutamanya pada waktu wabak Covid-19 ini. Ada kalanya masalah kesihatan mental boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal seperti sakit kepala yang anda alami. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu.
Sekiranya anda menginginkan seorang teman untuk berkongsi masalah, anda boleh menghubungi talian Befrienders Kuala Lumpur di 03-76272929 secara percuma.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.