
Sulit
3 tahun
Sakit kepala di waktu malam
sayaa berumur 20 tahun , bekerja shift . tapi beberapa hari kerja malam ni selalu sayaa sakit kepalaa . sakit kepala tuu dah 3 hari berturut sampai lah pagi esok nyaa . saya memang selalu alami sakit kepala tapi sejak 2 menjak ni makin kerap .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala yang semakin kerap terjadi. Saya akan cuba untuk membantu anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit kepala yang sedang anda alami sering dikaitkan dengan situasi tidak cukup rehat atau jadual tidur yang terganggu akibat pekerjaan anda yang menggunakan sistem shift, namun perkara ini juga boleh terjadi atas faktor-faktor berikut:
- Migrain
- Tidak cukup rehat
- Dehidrasi
- Tidur yang tidak mencukupi
- Jangkitan di otak
- Tumor di otak
- Masalah saluran darah di otak
- Anemia
- Kecederaan dikepala
- Hipertensi
- Cerebrospinal fluid leak
- Keradangan
Sekiranya anda mendapati keadaan anda berlarutan, anda sebaiknya mendapatkan nasihat doktor untuk menanganinya dengan kadar segera
Saya berharap penerangan ini dapat membantu anda dan jika anda memerlukan maklumat serta informasi yang lebih mendalam, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar neurologi kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala