
aswadzolkipli
3 tahun
Sakit kepala dibahagian belakang kepala bawah belah kanan
wanita umur 30 tahun. Dulu mase umur 15 tahun saye jatuh dekat sekolah…kuar darah dri hidung…pastu bawa hospital sye pingsan mase tu. Ayah jumpe doc, doc cakap ade pembekuan darah dekat kepala bawah sebelah kanan.Tu yg sye sllu sakit kepala.Bukan pening tpi sakit bagian kepala sebelah bawah kanan
Tu doktor cakap sye x bole penat …stres…bnyk pikir…tu yg sakit kepala akan jadi. tp 3 tahun lepas sakit ni datang semula. tp ok balik. kini varu 2 bulan sakit ni datang dan hidung saya akan berdarah. apa yang perlu saya buat…

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat beberapa punca yang bboleh menyebabkan gejala tersebut. Antaranya:
- tekanan stres
- resdung
- penyalahgunaan ubat
- kemalangan
- aneurysm
- barah otak
Namun demikian, anda masih mengalami kesakitan di bahagian kepala dan hidung anda juga berdarah, ianya boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.