
ummiumar1411
5 tahun
Sakit kepala diseluruh kepala
saya ibu kepada 5 orang anak. say akerap sakit kepala juga selain sakit dada. kadang kala apabila sakit kepala, boleh mneyebabkan lengguh di tengkuk & belakang. mohon bantuan doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah sakit kepala berterusan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala migrain
- sakit kepala tekanan (tension headache)
- ketegangan pada otot leher
- jangkitan kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.