
Anonymous
5 tahun
Sakit kepala kerap dan biji-biji naik dibelakang tengkok
Dr, saya sering mengalami sakit kepala yang teruk dan pada masa yang sama ada beberapa biji-biji benjolan yang jadi pada belakang tengkok saya. Setiap kali biji-biji benjolan tu nak jadi, saya mesti akan sakit leher.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala berpanjangan merupakan suatu masalah yang kerap dialami masyarakat pada zaman sekarang. Masalah sakit kepala berterusan ini datang tidak kira usia.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Migraine
- Trauma kepada bahagian tersebut
- Penambahan kuasa cermin mata
- Tekanan darah tinggi
Biji-biji itu pula boleh jadi disebabkan alahan dan sebagainya.
Oleh kerana sakit kepala anda sudah lama dan berpanjangan saya cadangkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan konsultasi lanjut. Terima kasih.