cthajarzakaria95
6 tahun
Sakit kepala ketika haid
Saya baru berusia 20 an dan berkahwin hampir stahun. Bulan ni period saya lewat 5 hari selalu on time setiap bulan kali ni lewat .dan dalam tempoh haid kali ni saya mengalami demam, selsema, sakit kepala dan mual2 …tidak seperti datang haid sebelum2 ni tiada seberang masalah.apakah penyebabnya doctor? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa penyebab sakit kepala yang menyerang anda:
- Migrain adalah salah satu simptom biasa yang dihadapi wanita ketika haid
- Sakit kepala ketegangan
- Keletihan
- Kurang rehat
- Pemakanan tertentu seperti kopi boleh menyebabkan sakit kepala
Dalam kes anda, ia mungkin disebabkan oleh ketidak-seimbangan hormon.
Sakit kepala biasanya bukanlah sesuatu yang berbahaya. Ia boleh dirawat. Namun sekiranya ia menggangu kehidupan seharian, berlarutan atau disertai simptom seperti muntah-muntah, pitam dan sawan atau gejala lain yang membimbangkan, sila rujuk kepada doktor dengan segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Terima kasih


































