
Sulit
5 tahun
Sakit kepala ketika mengandung
saya berumur 31 dan sedang mengandung minggu ke 17, sebelum ni kerap sakit kepala tapi saya faham ianya kerana perubahan hormon ketika mengandung tetapi pada minggu ke 17 ini sejak semalam sakit kepala tidak surut kecuali ketika tidur, sakit sebelah kiri kepala hingga ke tengkuk seperti migrain, muka rasa kebas dan nak muntah… makan panadol pun tak mampu melegakan sakit… blood pressure 89/57, hb 11.4… tiada sejarah darah tinggi, hanya tekanan darah rendah… adakah berbahaya dan saya perlu ke hospital? kerana sakit kepala yang datang tu kadang2 terlalu sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Sakit kepala migrain
- Dehidrasi
- Tekanan darah tinggi atau pre-eclampsia
- Tekanan darah rendah
- Anemia (kurang sel darah merah)
Bacaan tekanan darah yang anda berikan perlu diperiksa samada bacaan yang baharu atau bacaan dahulu. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.