Sulit
5 tahun
Sakit kepala , kurang selera makan
Hai saya wanita berusia 27tahun , sejak kebelakangan ini saya kerap sakit kepala , kurang menarik dengan makanan, kekadang saya strees kerja dan tak boleh membuat kerja . Apa perlu saya lakukan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Sakit kepala yang kerap sememangnya boleh mengganggu aktiviti harian anda, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sakit kepala yang kerap boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Dehidrasi
- Kurang senaman atau aktiviti luar
- Gangguan stress dan emosi
- kurang rehat atau tidur
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
- Masalah kesihatan lain, seperti kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mengetahui rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Mengenai ketulan pada belakang kepala anda, ia juga memerlukan evaluasi/pemeriksaan fizikal lebih lanjut.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, terutamanya sakit kepala bertambah berat atau ditambah gejala lain yang semakin mengganggu anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .


































