
Sulit
4 tahun
Sakit kepala, loya dan muntah
Kakak saya wanita berumur 26thn, kakak saya sering mengalami gejala muntah selepas berada di tempat yang sesak atau kawasan yang meningkatkan kadar stresnya atau tempat yang dia tak ingin dia pergi. Boleh doktor terangkan apa sebenarnya yang dialami oleh dia. Adakah dia perlu rawatan lanjut?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi, seperti:
- Keresahan
- Migrain atau pening kepala
- Claustrophobia
- Keracunan makanan
- Keradangan perut mahupun usus
- Jangkitan kuman pada organ
- Kesan sampingan ubat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.