
Sulit
3 tahun
Sakit kepala , loya dan rasa sesak nafas
Saya wanita umur 20an mengalami sakit kepala,loya dan rasa sesak nafas selepas pengambilan makanan berat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut keterangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit kepala, loya dan sesak nafas selepas pengambilan makanan berat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah pada sistem penghadaman. Antaranya :
- Gastritis
- GERD
- Indigestion
- Alahan atau intoleransi makanan
- Masalah batu hempedu
Ini adalah jawapan secara umum dan anda perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi